Membeli Dan Menyewa: Manakah Yang Anda Mampu?

Untuk ramai orang, memiliki sebuah rumah biasanya merupakan sejenis jaminan untuk keluarga mereka. Di sebaliknya, individu yang mempunyai gaya hidup sendiri atau yang kerjanya memerlukan dia sering bergerak lebih suka menyewa daripada membeli rumah. Mereka lebih rela melabur kewangan mereka di tempat lain daripada diikati oleh satu gadai janji untuk 30 tahun. Adakah anda juga berasa ‘wang yang dibayar untuk sewa = wang mati’?
Sebenarnya, terdapat kebaikan dan keburukan untuk kedua-dua membeli rumah ataupun menyewa rumah. Anda mungkin akan menghadapi risiko kebankrapan jika anda tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab untuk membayar pinjaman gadai janji anda.

Pilihan apa yang terbaik untuk anda

Untuk membeli ataupun menyewa rumah sebenarnya perlu ditentukan dari segi kemampuan kewangan sendiri dan juga dari segi gaya hidup. Anda tidak perlu terburu-buru membeli sebuah rumah kerana keluarga atau rakan anda menyuruh kamu untuk membeli.
Jadual dibawah menunjukkan faedah dan juga perbelanjaan yang diperlukan untuk membeli atau menyewa rumah. Jadual ini boleh dijadikan sebagai satu panduan bagi anda untuk mengetahui pilihan apakah yang terbaik untuk situasi anda:
 MEMBELIMENYEWA
Kebaikan
  1. Kelegaan Mempunyai Rumah Tetap
    • Anda dan keluarga anda akan mempunyai tempat untuk menduduk selepas bersara 
  2. Sebagai Aset Pelaburan
    • Anda bolehlah menyewa rumah sebagai sumber pendapatan asing
  3. Kebebasan Atas Harta
    • Anda mempunyai kebebasan untuk ubah suai dan menghias semula rumah anda mengikut kesukaan anda
  1. Sewa Bulanan Lebih Rendah
    • Anda akan memiliki lebih banyak duit perbelanjaan untuk menyimpan ataupun untuk melabur
  2. Kontrak Mempunyai Jangka Masa Yang Pendek Dan Risiko Rendah
    • Anda boleh memilih untuk menamatkan kontrak anda jika anda ingin tinggal di tempat lain ataupun apabila anda menghadapi masalah kewangan
  3. Tidak Perlu Bertanggungjawab Untuk Menjaga Rumah Sewa
    • Tuan rumah anda akan mengendalikan sebarang pembaikan di rumah sewa anda  
Hal-Hal Untuk Dibayar
  1. Bayaran Muka
    • Bayaran muka minimum bermula dari 10% dan merupakan satu jumlah yang sangat besar
    • Terdapat beberapa bank yang menawarkan 100% pembiayaan untuk pembeli rumah pertama, tetapi anda haruslah ingat bahawa kadar faedahnya tinggi juga
  2. Ansuran Bulanan Dan Kadar Faedah
    • Tempoh pembayaran balik di Malaysia ialah dalam sekitar 30-35 tahun
    • Kebanyakan pinjaman perumahan di Malaysia mempunyai kadar faedah yang sering berubah, oleh itu apabila kadar faedah meningkat, ansuran bulanan juga akan meningkat
    • Anda patutlah menimbangkan untuk mendapatkan rumah yang lebih murah dahulu dan menyimpan lebih banyak untuk membeli rumah yang lebih selesa pada masa depan
  3. Kos Kemasukan Tambahan
    • Bayaran yang perlu dibayar dahulu sebelum membeli rumah ialah yuran perjanjian jual beli, yuran guaman, duti setem, bayaran untuk ejen serta GST yang boleh mencapai beberapa ribu ringgit
    • Jika kos kemasukan terlalu banyak untuk dibayar, anda boleh bertanya bank anda jika mempunyai peminjaman “Zero Entry Cost" (ZEC). Peminjaman ZEC mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi.
    • Layari laman web ini untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut mengenai ZEC
  4. Cukai Taksiran Dan Cukai Tanah
    • Cukai Taksiran menamat tempohnya dua kali setahun untuk semua jenis pemilik 
  5. Memelihara Harta
    • Anda perlu membayar dan menguruskan semua perbaikan yang diperlukan untuk rumah tersebut
  1. Deposit
    • Biasanya sewa bulanan untuk 3 bulan dan utility 1 bulan perlu dibayar sebagai deposit
  2. Kos Sara Hidup
    • Anda haruslah menilai perbelanjaan bulanan anda untuk memastikan supaya anda mampu membayar sewa rumah bulanan
    • Jangan lupa untuk mengambil kira utiliti, Astro, bil telefon dan internet, barangan runcit, petrol, tambang LRT, dan lain-lain
  3. Yuran Penyenggaraan
    • Yuran penyenggaraan perlu dibayar jika anda menyewa di sebuah kondo atau pangsapuri
  4. Minimum Tenancy Period
    • Anda haruslah mengetahui berapa lamakah tempoh kontrak anda untuk menyewa rumah itu dan apakah tempoh notis untuk penamatan - Anda perlulah tinggal dan membayar sewa sepanjang tempoh itu jika tempoh sewaan ialah setahun
Bayaran Bulanan (Anggaran Sahaja)
Harga Hartanah: RM500,000
  1. Pembayaran Bulanan
    • Margin Kewangan: 90%
    • Jumlah Pinjaman: RM450,000
    • Tempoh: 30 years
    • Kadar Faedah Setahun: 4.5%
    Jumlah Bayaran Sebulan: RM2,280
  2. Kos Pendahuluan
    • Wang Pendahuluan 10%: RM50,000
    • Yuran Guaman SPA: RM3,950
    • Duti Setem SPA: RM9,000
    • Yuran Guaman Dokumen Pinjaman: RM3,600
    • Duti Setem Dokumen Pinjaman: RM2,250
    Jumlah Bayaran: RM68,800
Harga Hartanah: RM500,000
  1. Pembayaran Bulanan
    • Sewa: RM1,700 (purata untuk kondominium bandaraya)
    • Yuran Penyenggaraan Bulanan:RM170
    Jumlah Bayaran Sebulan: RM1,870
  2. Kos Pendahuluan
    • Sewa Bulanan: RM1,700
    • Deposit (Bayaran Sewa 2 Bulan): RM3,400
    • Deposit Utiliti: RM200
    Jumlah Bayaran: RM5,470
Untuk hartanah yang mempunyai nilai lain, anda boleh menggunakan alat kami untuk membandingkan pinjaman yang ditawarkan oleh bank yang berlainan dan mengira berapakah jumlah bayaran bulanan anda dengan segera.

Kesimpulan

Anda sudah bersedia untuk membeli rumah jika anda:Menyewa rumah lebih sesuai untuk anda jika:
  1. Berkemampuan untuk membayar balik pinjaman untuk suatu masa yang panjang
  2. Mampu membayar bayaran duit muka yang tinggi
  3. Mempunyai sumber pendapatan yang stabil
  4. Selesa untuk tinggal di satu lokasi sahaja
  1. Tidak mempunyai sumber pendapatan yang stabil
  2. Mempunyai gaya hidup yang sering bergerak
    ​dan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menyesuaikan diri di satu lokasi sahaja
  3. Tidak mahu bebanan untuk memelihara satu harta
  4. Ingin menjimatkan wang anda untuk tujuan lain

Anda haruslah membanding dan menilai dengan teliti bank apa yang menawarkan pakej pinjaman yang terbaik untuk situasi anda. Anda juga boleh mempertimbangkan untuk membiayai semula rumah anda pada masa depan untuk mengurangkan ansuran bulanan, kadar faedah dan juga memanjangkan tempoh pinjaman anda. Anda juga boleh menggunakan wang tambahan untuk kegunaan lain.

Anda perlulah menilai kewangan peribadi anda agar anda boleh membuat keputusan yang terbaik untuk membeli atau menyewa rumah. Anda patutlah membeli rumah di lokasi yang lebih murah dan yang mempunyai gadai janji yang lebih rendah agar anda boleh menggunakan hartanah itu sebagai pelaburan pada masa depan.
Jangan risau dan bimbang apa yang orang lain sedang melakukan – ini adalah rumah anda, wang anda dan juga pilihan anda.

No comments:

Post a Comment