5 Aspek Yang Dipertikaikan Bank Apabila Memohon Pinjaman Perumahan

Tajuk pinjaman perumahan adalah sebegitu besar dan sewajarnya memerlukan pelbagai panduan. Artikel ini akan membantu anda memahami 5 aspek yang dipertikaikan oleh bank apabila anda memohon sebarang pinjaman perumahan.


1.    Penilaian Hartanah

Penilaian adalah apabila jurunilai bank mennetapkan harga yang berpatutan untuk hartanah. Langkah ini adalah penting terutamanya untuk rumah-rumah pra-milik daripada pasaran peringkat kedua / sub-jualan, dan kurang penting untuk pembelian secara terus daripada pemaju.

Penilaian menentukan had atas bagi pinjaman rumah anda. Cth, Jika anda membeli sebuah rumah pada harga RM400,000 tetapi penilaian mengikut bank yang hanya RM350,000, sebarang pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh bank akan berasaskan kepada yang lebih rendah. Anda harus berupaya untuk menambah nilai perbezaan antara jumlah pinjaman dan harga belian secara tunai.

Ia tidak merupakan perkara yang luar biasa di mana penilaian harga adalah kurang daripada harga jualan. Bank yang berbeza boleh menghasilkan penilaian yang berbeza untuk hartanah yang sama. Jika perlu, carilah penilaian daripada bank-bank yang lain jika perlu.


2.    Nisbah Khidmat Hutang

Ada satu pepatah dalam perbankan bahawa "Apa-apa amaun yang lebih daripada keupayaan pembayaran balik oleh pelanggan adalah kredit yang terlalu banyak". Tanpa mengambil kira penilaian untuk rumah anda kriteria utama adalah keupayaan anda untuk membayar balik akan menentukan kelulusan kredit

Ini ditentukan oleh Nisbah Khidmat Hutang (DSR) anda, yang menunjukkan berapa banyak pendapatan anda digunakan untuk membayar ansuran hutang. Ianya dikira dengan membahagikan jumlah komitmen bulanan yang ke atas jumlah pendapatan bulanan.

DSR = Komitmen / (Pendapatan * 100%)

Walaupun tidak selalunya benar, amalan biasa yang digunakan oleh kebanyakannya ialah jumlah pembayaran balik hutang anda tidak boleh melebihi 70% daripada pendapatan bersih anda.


3.    Dokumen Sokongan Pendapatan

Untuk sebarang pendapatan yang dipunyai oleh anda, anda dijangka untuk menyediakan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan kepada pihak bank. Ini termasuk slip gaji yang sepadan, penyata akaun,bank penyata KWSP, penyata cukai pendapatan, akaun yang telah diaudit dan lain-lain.

Adalah penting bahawa anda sekurang-kurangnya mempunyai 3-6 rekod pernyataan pendapatan bulanan  untuk pendapatan. Ini menunjukkan kepada bank bahawa sumber pendapatan anda adalah stabil.


4.    Liabiliti yang sedia ada

Sesetengah peminjam yang berfikiran bahawa menyembunyikan komitmen hutang yang sedia ada akan meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan pinjaman perumahan. Ini adalah sia-sia. Bank mempunyai keterlihatan semua liabiliti-liabiliti yang sedia ada dengan bank-bank lain melalui CCRIS yang diawasi oleh Bank Negara.

Berjujurlah?? dengan bank / perunding. Ini akan membolehkan mereka menasihati anda terlebih dahulu tentang peluang anda untuk berjaya supaya dapat  lebih menjimatkan masa anda.


5.    Rekod Kredit

Terdapat salah faham sekiranya seseorang tidak mempunyai liabiliti langsung, mereka dilihat sebagai lebih kukuh sebagai peminjam. Ini adalah kerana secara intuitif, makin kurang liabiliti anda, makin baik kesihatan kewangan anda.

Namun ironinya adalah ia tidaklah baik jikalau anda tidak mempunyai sebarang liabiliti langsung kerana bank-bank akan berhati-hati dengan memberikan pinjaman jumlah yang besar kepada individu yang tidak mempunyai rekod kredit. Mereka tidak boleh mengukur corak pembayaran balik masa lalu anda.

Ia mustahak untuk membina rekod kredit anda jika anda tidak mempunyai sebarang liabiliti. Adalah baik sekiranya mempunyai sekurang-kurangnya 1 liabiliti lain (Contoh kad kredit) yang seharusnya anda membuat pembayaran segera yang tetap sebelum memohon pinjaman perumahan.


Kesimpulan


Apabila memohon pinjaman rumah, bagus jika dapat mengetahui kehendak yang dipraktik oleh bank. Ambillah kesempatan daripada perbandingan pinjaman perumahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Loanstreet supaya dapat membantu anda mendapatkan hasil yang terbaik.

No comments:

Post a Comment