Kebanyakan orang ingin tahu jumlah banyak pinjaman yang mereka boleh
meminjam sebelum membeli rumah. Mereka yang memerlukan jawapan yang segera
untuk jumlah pinjaman perumahan maksimum yang anda boleh dapati, sila mencuba Kalkulator Kelayakan Pinjaman
Perumahan Mudah Loanstreet . Jika anda ingin mengetahui dengan
lebih lanjut mengenai cara-cara kiraannya, teruskan membaca.
Faktor-faktor yang menentukan jumlah pinjaman maksimum
Jumlah pinjaman yang pihak bank dapat meminjam kepada anda bergantung
pada 4 faktor utama:
- Nisbah Khidmat Hutang Anda (DSR)
- Profil risiko seseorang individu
- Penilaian Harta
- Max nisbah Margin Pembiayaan (LTV) /
Margin Kewangan disediakan untuk anda (lihat di sini)
Artikel ini hanya meliputi faktor DSR, dengan ini kita akan
membincangkan antara beberapa salah faham yang umum.
Mitos # 1 – Bank hanya akan meminjamkan kepada anda sehingga 1/3
daripada pendapatan kasar anda.
Ini adalah hanya satu garis panduan yang disyorkan untuk
peminjam.Kebiasaanya bank mengamalkan set peraturan lebih terperinci semasa
kelulusan kredit.
Mitos # 2 – Jumlah pinjaman maksimum yang anda boleh dapati
daripada setiap bank tiada banyak perbezaanya.
Terdapat pengecualian cukup ketara untuk yang mengatakan bahawa
dasar-dasar kredit mempunyai perbezaaan yang besar daripada 1 bank kepada
yang lain. Jumlah pinjaman max juga boleh berbeza sehingga 3x di antara
bank-bank berlainan.
Mitos #3 – Bank-bank hanya memberi pinjaman sebanyak 70% DSR anda
Ini merupakan anggaran sahaja dan bukanlah anggaran yang amat tepat.
Nisbah Pembiayaan Hutang / Debt Service Ratio (DSR)
DSR menunjukkan jumlah banyak pendapatan seseorang digunakan untuk
membayar bayaran ansuran hutang, dan diwakili sebagai % daripada pendapatan.
DSR diperolehi daripada 2 komponen utama:
DSR = Komitmen / Pendapatan
Antara bank-bank yang berlainan, ada perbezaan yang ketara dalam jumlah
akhir DSR yang dikira. Ini adalah kerana setiap bank mempunyai kaedah pengiraan
masing-masing bagi pendapatan dan pengiktirafan komitmen.
Contoh 1: Perhitungan asas oleh Standard Chartered Bank ialah mengunakan
pendapatan kasar, manakala RHB dan Maybank boleh mengunakannya berdasarkan
pendapatan bersih.
Contoh 2: CIMB dan HSBC mengiktiraf 100% daripada sewa pendapatan,
manakala Public Bank dan OCBC hanya boleh mengiktiraf 80%.
Contoh 3: RHB hanya mengiktiraf 45% daripada pendapatan asing yang
didapati, manakala Hong Leong mengiktiraf 100% daripadanya.
Bukan sesuatu yang luar biasa apabila berlainan bank menghitung DSR
untuk inividu yang sama, mungkin ada perbezaan DSR sehingga 20%!
Tetapi perbezaan ini tidak berhenti di situ.
Sebaik sahaja DSR telah ditentukan, setiap bank akan mempunyai garis
panduan masing-masing untuk jumlah maksimum DSR dibenarkan. Kebiasaanya ia
ditentukan berdasarkan pendapatan, tetapi DSR juga boleh dipengaruhi oleh
seperti nilai bersih dan arbitratri seperti kelayakan dan umur. Contoh-contoh
garis panduannya ialah seperti berikut:
Pendapatan
|
DSR
Maksimum Bank A
|
DSR
Maksimum Bank B
|
<
RM3000
|
60%
daripada Pendapatan Bersih
|
60%
daripada Pendapatan Bersih (+10% jika profesional)
|
<
RM6000
|
70%
daripada Pendapatan Bersih
|
70%
daripada perndapatan bersih (+10% jika profesional)
|
<
RM10,000
|
75%
daripada Pendapatan Bersih
|
80%
daripada pendapatan bersih (+10% jika profesional)
|
>
RM10,000
|
80%
daripada Pendapatan Bersih
|
90%
daripada pendapatan bersih (+10% jika profesional)
|
Kenali Kelayakan Pinjaman Maksimum Anda
Melainkan anda mengetahui dengan terkini dengan garis panduan kredit setiap bank di Malaysia, ini boleh menjadi amat sukar untuk menentukan jumlah maksimum pinjaman perumahan disediakan untuk anda. Ini terutamanya bagi ahli perniagaan, warga asing, warga Singapura, dan rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara.
Dengan menggunakan perkhidmatan online permohonan pinjaman Loanstreet, anda boleh mengetahui dan memahami keupayaan pinjaman maksimum anda dengan cepat. Semua ini dapat dilakukan kerana kebiasaan Loanstreet dengan garis panduan kredit bank-bank di Malaysia.
Selain itu, gunakanlah kalkulator pinjaman perumahan mudah Loanstreet sebagai indikasi untuk mengetahui jumlah pinjaman perumahan maksimum yang anda layak.
No comments:
Post a Comment