Kos Kemasukkan untuk Membeli Hartanah

Apabila kita bercakap tentang membeli harta, kos pertama yang datang adalah pembayaran muka. Tetapi adakah hanya itu sahaja? Selain daripada pembayaran muka, terdapat kos-kos kemasukan lain seperti yuran guaman, duti setem, yuran penilaian dan yuran ejen hartanah yang sama penting, tetapi biasanya diabaikan.

Di sini, kami menjelaskan kepada anda kos yang mungkin perlu anda tanggung apabila membeli hartanah.


1. Bayaran Muka

10% daripada jumlah harga belian atau perbezaan antara jumlah pinjaman dan harga belian


2. Kos yang berkaitan dengan Perjanjian S&P (Yuran Guaman + Duti Setem)

a) Yuran Guaman

Harga Belian
Kadar Bayaran
150,000 pertama
1.000% (subject to a minimum fee of RM300)
850,000 seterusnya
0.700%
2,000,000 seterusnya
0.600%
2,000,000 seterusnya
0.500%
2,500,000 seterusnya
0.400%
Selebihnya
0.300%

b) Duti Setem

Harga Belian
Kadar Bayaran
100,000 pertama
1.000%
400,000 seterusnya
2.000%
Selebihnya
3.000%

Nota: Sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan Malaysia untuk mengurangkan kos pemilikan untuk pembeli rumah kali pertama, sehingga 31 Disember 2014, untuk pembeli rumah pertama kali, diskaun 50% akan diberikan bagi duti setem SPA untuk pembelian harta kediaman bernilai RM400,000 ke bawah.


3. Kos yang berkaitan dengan Perjanjian Pinjaman (Yuran Guaman + Duti Setem)

a) Yuran Guaman
  • Sama seperti yuran Guaman S&P.

b) Duti Setem

Jumlah Pinjaman
Kadar Bayaran
Apa Saja Nilai
0.500%
4. Yuran Penilaian

Nilaian
Kadar
100,000 Pertama
0.250%
1,900,000 seterusnya
0.200%
5,000,000 seterusnya
0.167%
8,000,000 seterusnya
0.125%
35,000,000 seterusnya
0.100%

Kesimpulan

Kesilapan yang sering dilakukan orang adalah memandang tinggi kemampuan mereka dalam membeli hartanah. Ini adalah disebabkan mereka tidak menyedari kos-kos kemasukan yang terlindung sebelum mereka membuat pembelian hartanah. Dalam kebanyakan kes, ia berlaku kerana kurangnya pengetahuan mereka mengenai kos-kos tambahan ini yang akhirnya menyebabkan kesulitan berlaku.

Jika anda sedang mempertimbangkan pembelian hartanah, Loanstreet mempunyai Kalkulator Pembayaran gadai janji yang membantu anda untuk menggambarkan bukan sahaja ansuran bulanan, tetapi juga Kos Kemasukkan terlibat sebelum anda membeli apa-apa hartanah.

Sebaik sahaja anda telah menentukan kemampuan, jangan lupa untuk menggunakan Wizard Perbandingan Pinjaman kami untuk mencari pinjaman yang paling murah untuk keperluan anda.

No comments:

Post a Comment